Linkwithin

Widget pertama yang ingin dikongsikan di BloggerCCWA adalah Linkwithin. Fungsinya adalah untuk memaparkan catatan-catatan blog terdahulu supaya ia tidak dilupakan dan boleh dibaca semula. Ia adalah widget blog yang akan terpapar di bawah setiap catatan terbaru blog anda. Dengan merujuk kepada arkib blog anda, mana-mana catatan yang berkait dengan catatan terkini akan di paparkan di bawah catatan tersebut.

Jangan biarkan catatan-catatan lama anda tersisa begitu sahaja. Linkwithin bertindak dengan mengambil dan mengindeks kesemua catatan-catatan terbaru dan dari arkib blog anda untuk membolehkannya diakses dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung baru.

Teknik ini dapat meningkatkan jumlah paparan halaman. Ia mampu merarik minat pengunjung untuk membaca catatan-catatan lama yang relevan dan menarik yang berkaitan dengan topik-topik tertentu. Ia menyebabkan pengunjung berada lebih lama dan meningkatkan trafik blog anda.

Dan yang paling penting, widget ini adalah percuma serta tidak perlu sebarang pendaftaran untuk menggunakannya.

Cara-cara mengaktifkannya adalah seperti berikut:

PERTAMA

KEDUA
Isikan butir-butir berikut dan klik butang "Get Widget!".


KETIGA
Klik pada link "Install Widget" yang terdapat pada ayat nombor 1.



KEEMPAT
Pastikan anda memilih blog yang betul di ruangan "Select a Blog". Anda juga boleh mengubah tajuk Linkwithin anda diruangan "Title".

Setelah selesai, sila klik butang "Add Widget".



KELIMA
Dengan serta merta, kod Linkwithin anda sudah pun diletakkan ke dalam ruangan susun atur (layout) blog anda.

Teruskan dengan menekan butang "Save Arrangement" untuk menyimpan susunan anda.




Ini adalah contoh hasil paparan Linkwithin pada blog anda. Selamat mencuba!



Previous
Next Post »

3 Kata-kata positif anda

Write Kata-kata positif anda
Lela
AUTHOR
April 23, 2015 at 9:44 AM delete

saya dah ikut hingga step akhir tapi pada blog tidak ada perubahan ape2

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 28, 2015 at 10:38 AM delete

linkwithin sy di http://koleksibbm4u.blogspot.com tak menjadi.. xtaula pasaipa..

Reply
avatar