Blogger Templates

Nak menghias blog perlukan kreativiti dan masa. Namun begitu ia seringkali tidak menjadi seperti yang diharapkan. Mujur ada ramai yang bermurah hati untuk kongsikan templates blog secara percuma. Contohnya di btemplates.com, macam-macam jenis template terdapat disini.

Untuk mendapatkan template-template tersebut, sila patuhi langkah-langkah berikut:

1. Sila layari btemplates.com.


2. Klik "Template Search" untuk ke "Blogger templates search engine".


3. Pilihlah mana-mana kriteria yang sesuai untuk blog anda seperti kolum dan warna.

4. Jangan lupa klik "Search" dan senarai tempate akan dipaparkan mengikut kreteria yang dipilih tadi.


5. Klik pada template yang anda suka.


6. Template tersebut akan dipaparkan seperti di atas. Klik "Preview" untuk pastikan ia benar-benar menepati kehendak anda.


7. Setelah berpuas hati, klik butang "Download" untuk dapatkan file template tersebut. Jenis file yang dimuat-turun adalah dalam format "XML Document".

8. Selesai.

Setelah anda miliki file template yang dikehendaki, anda kini telah bersedia untuk menggantikan template blog anda yang membosankan itu dengan template blog yang lebih menarik.

Catatan seteruskan (Upload Templates) akan menerangkan bagaimana untuk memuat-naik file template ini ke blog anda.